TVET adalah singkatan bagi Technical and Vocational Education Training atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan Standard Pekerjaan atau lazimnya Standard Kemahiran Pekerjaan Kemahiran (NOSS) yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.
TVET bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia. Cuma TVET sering disalah erti sebagai pilihan kedua dan hanya layak untuk individu yang kurang cemerlang dari segi pencapaian akademik. Sebenarnya, stigma itu sudah lapuk ditelan zaman kerana kini graduan program TVET kian mendapat perhatian oleh majikan.
Di Malaysia, TVET telah diberi nafas baharu pada 27 Sept 2017 dengan majlis pelancaran (dan penjenamaan) TVET Malaysia oleh bekas Perdana Menteri, YAB Dato’s Sri Mohd Najib b Abdul Razak untuk mengubah tanggapan dan persepsi negatif ibu bapa dengan kemahiran TVET. Stigma ini adalah biasa memandangkan ramai di antara kita yang lebih menekankan akademik dari dahulu lagi.
Sumber: https://jpkmalaysia.com/
No comments:
Post a Comment