TVET
di Malaysia bukanlah satu perkara. Cuma TVET sering disalah erti sebagai
pilihan kedua dan hanya layak untuk individu yang kurang cemerlang dari segi
pencapaian akademik.
Agensi
kerajaan yang menyediakan pendidikan/latihan teknik dan vokasinal adalah
seperti berikut:
1. GIATMARA
GIATMARA menawarkan dua pilihan program iaitu:
Sepenuh masa.
Separuh masa.
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memasuki GIATMARA adalah:
Bumiputera.
Sihat tubuh badan.
Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
Berumur 15 tahun dan ke atas.
Berminat dengan bidang yang dipohon.
Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik.
2. KOLEJ KOMUNITI
Institusi agak terkenal dengan kemahiran yang ditawarkan. Terdapat 4 program yang ditawarkan di Kolej Komuniti iaitu:
Sijil Kolej Komuniti (T)
Sijil Kolej Komuniti (M)
Sijil Kolej Komuniti (P)
Diploma Kolej Komuniti (DKK)
Terdapat juga kursus pendek yang ditawarkan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat. Kemasukan pelajar dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi Mac, sesi Julai dan November. Berikut adalah antara senarai program Diploma yang ditawarkan di Kolej Komuniti:
Diploma Dandanan Rambut
Diploma In 3D Animation
Diploma In Architectural Technology
Diploma In Culinary Arts
Diploma In Customer Service Management
Diploma In Electrical (Instrumentation)
Diploma In Games Art
Diploma In Hotel Management Joint Certificate with Taylor’s University
Diploma In Hospitality Operation
Diploma In Mechanical Engineering technology (CADD)
Diploma In Mobile Technology
Diploma In Patisseries
Diploma In Rail Signalling And CommunicationTechnology
Diploma In Security Technology
Diploma In Telecommunication Technology
Diploma In Automotive Technology
Diploma In Terapi Kecantikan
** Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti boleh dibuat melalui UPU Online.
3. POLITEKNIK
Politeknik menawarkan beberapa Program Pengajian untuk lepasan SPM dengan syarat-syarat tertentu iaitu:
Program Kejuruteraan
Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Memperoleh tiga kepujian iaitu :
Matematik
Satu mata pelajaran berkaitan Sains/ Teknologi/ Vokasional
Mana-mana satu mata pelajaran lain
Bagi bidang kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, tidak buta warna
Tidak cacat anggota
Program Teknologi Maklumat & Komunikasi & Program Perdagangan (Diploma Akauntasi)
Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Memperoleh tiga kepujian termasuk Matematik
Program Perdagangan (Diploma Pengajian Perniagaan)
Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Memperoleh lima kepujian dalam mana-mana subjek
Program Pra Diploma
Lulus Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Lulus Matematik/ Matematik Tambahan
Memperoleh 3 kepujian dalam mana-mana subjek
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi terus menyertai kerjaya terpilih setelah menamatkan pengajian.
Terdapat 14 Bidang Pengkhususan yang ditawarkan seperti berikut;
5. INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
ILJTM terdiri daripada dua puluh dua (22) buah Institusi Latihan Perindustrian (ILP), enam (6) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institusi Teknikal Jepun -Malaysia (JMTI).
Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat:
Sijil,
Diploma dan
Diploma Lanjutan
Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
Syarat Am Kemasukan Program Diploma & Diploma Lanjutan adalah:
Warganegara Malaysia
Berumur 17 hingga 35
Memenuhi syarat khas kursus
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) diwujudkan selaras dengan kelulusan Jemaah Menteri pada 24 Julai 2002 bagi meningkatkan pengeluaran pertanian melalui model pembangunan insan mahir di dalam bidang pertanian.
Program Latihan Kemahiran menawarkan Kursus Jangka Pendek dan Kursus Jangka Masa Panjang.
Kursus Jangka Panjang
Sijil/ Diploma Kemahiran Malaysia
Sijil Pertanian
Sijil Veterinar Malaysia
Sijil Perikanan Malaysia
Kursus Jangka Pendek
Kursus Teknikal Pertanian (Kumpulan Sasar)
Kursus Teknikal Pertanian (Kumpulan Pengembangan)
Yuran pengajian adalah percuma dan pelatih akan menerima elaun sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan. Penginapan serta makan dan minum turut disediakan. Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM330 untuk bayaran premium insurans, setem hasil surat perjanjian, deposit asrama, abju korporat dan pembukaan akaun Agrobank.
No comments:
Post a Comment