Cara Permohonan Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Permohonan ILKBS 2023 Online (IKBN, IKTBN, AKBG). Panduan buat pelajar lepasan SPM yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS). Permohonan kemasukan ke ILKBS meliputi permohonan ke IKBN, IKTBN dan AKBG. Berdasarkan Sistem Online ILKBS, permohonan IKBN 2023 sesi 1 2023 telah dibuka melalui laman permohonan ekampus KBS bermula 18 November 2022 sehingga 18 Disember 2022. Tarikh permohonan ILKBS untuk sesi 2 2022 melalui sistem permohonan ILKBS akan ditutup pada 16 Jun 2022.
Permohonan ILKBS 2023 Online (IKBN, IKTBN, AKBG)
Berikut dikongsikan panduan dalam membuat permohonan kemasukan ke ILKBS meliputi IKBN, IKTBN dan AKBG sesi ambilan Januari 2023 dan Julai 2022.
Permohonan IKBN, IKTBN & AKBG (ILKBS) Sesi 1 2023
Sistem Permohonan ke ILKBS sesi 1 2023 akan dibuka dan ditutup pada tarikh berikut :
- Tarikh buka dan tutup : 18 November 2022 sehingga 18 Disember 2022
- Aplikasi permohonan : https://ekampus.kbs.gov.my/
Berikut adalah tarikh penting untuk permohonan ILKBS sesi 1 2023 :-
- Tarikh Panggilan Temuduga : 20 hingga 23 Disember 2022 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
- Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi 1 2023 : 7 Januari 2023 hingga 20 Januari 2023
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 7 Januari 2023 hingga 20 Januari 2023
- Permohonan rayuan : akan dikemaskini
- Semakan keputusan rayuan : akan dikemaskini
- Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2023: 6 Februari 2023
Sesi 2 2022
Permohonan kemasukan adalah melalui sistem eKampus KBS https://ekampus.kbs.gov.my/
- Kategori A (bagi calon lepasan SPM tahun 2021) dan Kategori B (bagi calon lepasan SPM 2020 – 2019)
- Calon yang menduduki SPM tahun 2018 dan kebawah adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS (IKTBN/ IKBN/ AKBG) secara manual di mana-mana ILKBS yang terdekat
Tarikh Penting Permohonan ILKBS Sesi 2 2022
Jualan No Unik ID UPU di BSN Berharga RM15.60 untuk permohonan UPUonline sahaja : 24 Februari 2020- Permohonan melalui Portal eKampus ditutup pada : 16 Jun 2022
- Semakan Panggilan temuduga program lepasan SKM/ ST/ DKM kemasukan sesi 2 2022 : mulai 27 Jun 2022 di https://ekampus.kbs.gov.my/
- Semakan keputusan permohonan lepasan SPM dan SKM/ SK/ DKM : ? di https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Pengesahan terima/ tolak tawaran kemasukan ke ILKBS sesi 2 2022 : ? : https://ekampus.kbs.gov.my/site/login
- Pendaftaran pelajar baru sesi 2 2022 : —
Syarat Kemasukan Kelayakan Permohonan IKBN
Berikut adalah diantara syarat umum permohonan :-
- Warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
- Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
- Tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
- Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
- Pemohon yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.
Bidang Yang Ditawarkan Di IKBN
- Teknologi Mekanikal
- Teknologi Automotif
- Teknologi Awam
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Tekstil
- Teknologi Marin
- Teknologi Hospitaliti
- Teknologi Fotografi
- Teknologi Maklumat
- Teknologi Personal
- Teknologi Sukan
- Teknologi Pertanian
Program Yang Ditawarkan
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Maklumat Lanjut
Sekiranya pemohon menghadapi masalah semasa pendaftaran atau permohonan kemasukan ataupun ingin membuat sebarang pertanyaan lain yang berkaitan, pemohon boleh hubungi talian berikut:
- 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03-8871 3683
- Semakan keputusan klik Keputusan ILKBS Online
Maklumat lengkap berkaitan dengan Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), pemohon boleh merujuk kepada pautan berikut :-
Semoga perkongsian maklumat Permohonan ILKBS 2023 Online (IKBN, IKTBN, AKBG) dapat memudahkan urusan anda. Selamat berjaya kepada semua.
Sumber: https://www.infoupu.com
No comments:
Post a Comment