Program
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sinar baharu kepada negara
kerana proses pendidikannya lebih menuju ke arah industri yang memerlukan
tenaga kerja terlatih serta berkemahiran tinggi.
Berdasarkan
situasi semasa di mana kerjaya menjadi matlamat akhir dalam pembelajaran, maka
bidang teknikal dan vokasional ini boleh membuka ruang yang luas untuk
memberikan pekerjaan di masa hadapan.
Dalam
kajian yang diterbitkan pada 13 Disember 2020 melalui sumber Ketua Setiausaha
Negara dimana 60% daripada 1.5 juta pekerjaan yang akan diwujudkan di Malaysia
dijangka memerlukan kelayakan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Peluang
pekerjaan dalam sektor awam seperti yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) dimana SPA menerima 1,145 juta permohonan penjawatan
setakat jun 2020, dan pecahan daripada itu yang melibatkan TVET adalah 124,015
sebagai pegawai pembangunan komuniti, 65,719 sebagai penyelidik, 50,152 sebagai
saintis dan 44,229 bidang kejuruteraan di jabatan-jabatan teknikal.
Peluang
pekerjaan dalam sektor swasta seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia melalui statistik guna tenaga, suku ke-3 tahun 2020 menganjurkan
179,000 jawatan kosong dimana 55% merupakan separuh mahir dan 22.7% mahir.
Dari
statistik ini telah dapat dilihat peluang pekerjaan yang wujud dari TVET ini
adalah sangat besar. Peluang kerjaya yang ada adalah seperti berikut:
ü Jurutera
ü Juruteknik
ü Pereka
fesyen
ü Peniaga
ü Jurukimpal
ü Cef
No comments:
Post a Comment