Bagi lepasan tingkatan 3, mereka boleh memohon program kolej vokasional. Program kolej vokasional adalah seperti:
ü Program
kolej vokasional merangkumi dua (2) tahun pengajian peringkat sijil dan dua (2)
tahun lima bulan di peringkat Diploma (termasuk on the job training)
ü Murid
yang berjaya di peringkat sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia
(SVM)
ü Murid
yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan layak menyambung pengajian
peringkat Diploma di Kolej Vokasional yang sama
ü Mereka
yang tidak melepasi syarat kemasukan ke peringkat Diploma akan menyambung
pengajian di Kolej Vokasional yang sama dalam bidang kemahiran dan
dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia berdasarkan kepada tahap kompetensi yang
dicapai
ü Murid
yang lulus pengajian peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Senat
Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
Program
yang ditawarkan bawah kolej vokasional untuk pelalar lepasan tingkatan 3 adalah
seperti berikut:
ü Program
KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
ü Aliran
Teknikal - Sekolah Menengah Teknik
ü Program
Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
Bidang
kemahiran yang ditawarkan adalah seperti berikut:
ü Teknologi
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
ü Teknologi
Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
ü Teknologi
Kejuruteraan Awam
ü Hospitaliti
dan Pelancongan
ü Pengajian
dan Perkhidmatan Masyarakat
ü Perniagaan
ü Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
ü Pertanian
No comments:
Post a Comment