Tujuan
TVET diperkenalkan untuk memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan
pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
TVET
dengan mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah penting untuk
menyediakan modal insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk
menyokong peralihan sektor ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan,
selari dengan aspirasi menjadi negara maju.
Selaras
dengan falsafah pendidikan negara, matlamat TVET adalah untuk:
A. Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
B. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
C. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan negara
D. Memberi
peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
No comments:
Post a Comment